25 Kes Tembakan, Enam Terbunuh

2022-06-13 14:17:43  CRI
Share with:

Menurut portal Arkib Keganasan Senjata Api (GVA), setakat pukul 4.00 petang 12 Jun waktu timur Amerika Syarikat (AS), sebanyak 25 kes tembakan berlaku di beberapa tempat di negara itu, mengakibatkan enam orang terbunuh, 40 lagi cedera. 

Dalam tempoh 72 jam lepas, sebanyak 299 kes tembakan berlaku di AS.

Tunjuk perasaan besar-besaran “demonstrasi untuk hidup kita” yang dipimpin oleh golongan pelajar untuk mencegah keganasan senjata api diadakan di Washington D.C. pada Sabtu. Pada masa yang sama, beribu-ribu penduduk dari 50 negeri di negara itu menyuarakan sokongan kepada Undang-undang Kawalan Senjata Api.