China Sokong Mekanisme Perdagangan Multilateral Berteraskan WTO

2022-06-13 14:18:49  CRI
Share with:

Sidang peringkat menteri ke-12 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dirasmikan di Geneva, Switzerland pada Ahad.

Para peserta akan mengadakan perbincangan tentang pengecualian harta intelek vaksin COVID-19, langkah menangani wabak, subsidi perikanan, pertanian, sekuriti makanan, serta pembaharuan organisasi WTO, dalam sidang selama empat hari itu.

Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala berkata, dunia kini menghadapi beberapa krisis seperti penularan pandemik COVID-19, kekurangan bahan makanan, perubahan iklim dan konflik serantau. Masyarakat antarabangsa perlu bersatu padu untuk mengatasi kesukaran semasa tersebut.

“Tiada mana-mana anggota dapat hidup bersendirian dalam situasi ini,” ujar beliau.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dalam sidang kali ini menyatakan bahawa mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan WTO merupakan asas perdagangan antarabangsa. China komited bersama-sama pihak-pihak berkaitan untuk menggalakkan WTO terus memainkan peranan yang lebih besar dalam pemulihan ekonomi dunia.