RCEP Pacu Kerjasama Perdagangan Serantau

2022-06-13 14:51:09  CRI
Share with:

Sejak berkuat kuasa pada 1 Januari tahun ini, perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah membawa faedah kepada lebih banyak perusahaan sekali gus memacu kerjasama perdagangan antara negara anggota. 

Dengan keutamaan tarif tempat asal RCEP, nilai eksport laici Maoming, provinsi Guangdong, selatan China ke anggota RCEP termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura sejak awal tahun ini menyumbang hampir 50 peratus kepada keseluruhan eksport laici keluaran bandar itu. Jumlah tersebut juga meningkat lebih sekali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Di Weifang, provinsi Shandong, timur China, pelaksanaan RCEP bukan sahaja membantu syarikat pemproses makanan pramasak tempatan menjimatkan tarif eksport sebanyak RMB2 juta (RM1.3 juta) setiap tahun, malah turut menjana pertumbuhan perniagaan mereka.

Menurut data kastam, suku pertama pelaksanaan RCEP menyaksikan import dan eksport China dengan Korea Selatan dan Jepun masing-masing menyumbang sebanyak 20 peratus kepada keseluruhan dagangan China dengan anggota RCEP lain.

Sementara itu, jumlah import dan eksport China dengan Korea Selatan, Malaysia, New Zealand dan beberapa negara lain turut mencatat pertumbuhan pada kadar dua digit.