Fed Mampu Elak Inflasi Tinggi Jika Bertindak Awal

2022-06-13 12:52:00  CRI
Share with:

Menurut Fox Business Amerika Syarikat (AS), ahli ekonomi AS, Mohamed El-Erian semalam menyatakan bahawa inflasi tinggi pada masa ini boleh dielakkan sekiranya Rizab Persekutuan (Fed) bertindak lebih awal selepas ia salah menggambarkan kenaikan inflasi sebagai "sementara waktu".

Menurut beliau, antara faktor-faktor yang menyebabkan inflasi melambung tinggi termasuk konflik Rusia-Ukraine, transformasi tenaga, salah jangkaan Fed, dan tindakan sewajarnya yang lewat. Sekiranya Fed dapat mengambil tindakan lebih awal, tekanan inflasi yang melampau tinggi pada masa ini dapat dielakkan.

Ahli ekonomi itu turut meramalkan bahawa inflasi mungkin akan mencecah kadar 9 peratus, dan kemungkinan mengakibatkan kemelesetan ekonomi dengan lebih lanjut.