Tindakan Berbahaya Ahli Politik akan Bawa Jepun ke Jurang yang Dalam

2022-06-14 14:31:09  CRI
Share with:

Pembangunan China merupakan peluang tetapi bukan ancaman. Inilah consensus kebanyakan negara di Asia dan tidak boleh diperlagakan oleh ahli politik Jepun.

Dialog Shangri-La ke-19 berakhir di Singapura pada Ahad. Ucapan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dilaporkan "menyasarkan China" oleh media Jepun, dan menampakkan niat negara itu untuk berkonfrontasi dengan China secara menyeluruh dalam bidang ketenteraan, ekonomi dan lain-lain.

Ini kali kedua perdana menteri Jepun menyampaikan ucapan dalam Dialog Shangri-La. Pada tahun 2014, Perdana Menteri ketika itu, Shinzo Abe menyerang China tanpa menyebut nama dalam sidang tersebut. Berbanding dengan ucapan Abe tersebut, ucapan Fumio kali ini bukan sahaja menguar-uarkan tindakan menentang China dalam bidang ketenteraan dan ekonomi, malah menghasut negara-negara lain di Asia supaya berkonfrontasi dengan China di samping mendakwa akan menambah belanjawan ketenteraan negara sendiri. Ucapan Menteri Pertahanan Jepun, Kishi Nobuo pula mengulangi pendirian Fumio tersebut, dan secara khususnya menegaskan pendirian konfrontasi ketenteraan dalam isu Taiwan.

Pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) mempopularkan "strategi Indo-Pasifik". Banyak ahli politik dari Jepun menganggap strategi tersebut sebagai peluang untuk mencabar China, mewujudkan pembatalan kawalan tentera dan kedudukan hegemoni di Asia.

Dalam bidang ekonomi pula, walaupun Jepun telah mengalami kemelesetan selama lebih 30 tahun, namun "penjagaan keselamatan ekonomi" yang didakwa Jepun bertujuan untuk mengekalkan kelebihannya dalam bidang sains dan teknologi canggih serta mengehadkan teknologi negara itu digunakan China.

Dalam pada itu, Jepun mendakwa akan meningkatkan hubungan ketenteraan dengan negara-negara Asia Tenggara dan menghulurkan bantuan ketenteraan kepada mereka. Walau bagaimanapun, niat Jepun yang mahu lebih banyak negara berkonfrontasi dengan China tersebut menemui kegagalan.

Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan bahawa pihaknya menghormati semua negara besar dan tidak akan menganggotai mana-mana pakatan ketenteraan.

Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin bin Hussein mengatakan bahawa "ASEAN akan memilih jalannya sendiri".

Selain itu, negara-negara Asia Tenggara lain juga menyatakan pendirian tidak akan memihak.

Akhbar Asahi Shimbun dalam laporan pada Ahad memetik keputusan tinjauan pendapat di Jepun pada akhir Mei lalu menyatakan, negara-negara ASEAN menganggap China sebagai rakan kerjasama terpenting di rantau ini pada masa akan datang, lebih penting berbanding Jepun dan AS.

Ali politik Jepun sanggup menjadi bidak AS, giat mendorong peluasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Asia-Pasifik, dan menghasut konfrontasi secara menyeluruh dengan China. Mereka sekali lagi menunjukkan muslihat militerisme. Tindakan berbahaya mereka akan membawa Jepun sekali lagi ke jurang yang dalam.