Wang Qiwang, Perintis Pengusahatani Muda Etnik Li

2022-06-14 10:11:01  CRI
Share with:



Wang Qiwang, siswazah etnik Li yang berumur 26 tahun melepaskan peluang kerja di bandar selepas lulus dari kolej pada 2010, dan memutuskan pulang ke kampung halaman untuk memulakan kerjaya di pekan Shuiman, bandar Wuzhishan, provinsi Hainan, sambil memudahkan jagaan ibu bapanya yang sudah lanjut usia.

Pada mulanya, beliau cuba menceburkan diri dalam industri pemeliharaan siput, dan kemudian beralih ke industri penanaman teh selepas membina rumah tangga. Pasangan Wang berjaya memperkenalkan dan menguasai sejumlah kaedah penanaman dan penjagaan pokok teh yang maju, dan menumpu kepada perkembangan perkebunan teh. Sebagai perintis dalam pembangunan ekonomi tempatan, pasangan Wang sudi berkongsi pengalaman berkenaan dengan penduduk kampung dan membantu mereka menjana pendapatan.