Prasarana Siber Terbesar di dunia Disiapkan di China

2022-06-14 13:38:21  CRI
Share with:

China telah berjaya menyelesiakan pembinaan prasarana siber yang paling besar, maju dan terjamin di dunia dalam tempoh sepuluh tahun lalu. Pada masa sama, teknologi 5G di negara ini juga taraf paling maju di dunia.

Demikian ujar Naib Menteri Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, Xin Guobin dalam taklimat media di Beijing pagi tadi.

Menurut beliau, aplikasi Internet seperti e-dagang, e-kerajaan, pekerjaan dan pendidikan dalam talian, serta penstriman langsung telah dipopularkan sepenuhnya, yang turut meningkatkan kecekapan kegiatan sosial dengan ketara.

Dalam pada itu, transaksi secara dalam talian merekodkan 527 trilion yuan setahun, dan lebih 20 juta peluang kerja berjaya dicipta dalam bentuk ekonomi baharu. Di samping itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi generasi baharu seperti 5G telah dipercepat dalam sektor pembuatan perindustrian, pelabuhan, perlombongan, perubatan, pendidikan dan pelancongan.