Anak Burung Hijrah Kelahiran Tasik Bosten

2022-06-14 15:01:52  CRI
Share with:

Tasik Bosten yang terletak di wilayah Xinjiang, merupakan tasik air tawar yang terbesar di kawasan pedalaman China dan juga antara tempat persinggahan burung hijrah yang penting di negara ini.

Tatkala ketibaan musim pembiakan burung, lebih sepuluh ribu burung hijrah kelihatan telah melahirkan anak mereka di tanah lembap peringkat kebangsaan ini.

Air yang jernih, langit yang berwarna biru, mensiang yang tumbuh subur serta pelbagai jenis burung air yang berterbangan membentuk satu landskap yang indah.