Inisiatif Keselamatan Global Signifikan: Pakar

2022-06-15 16:47:28  CRI
Share with:

Inisiatif Keselamatan Global yang dikemukakan China akan membantu memperkukuh keselamatan sejagat.

Demikian dinyatakan pakar isu China dari Sepanyol, Xulio Rios dalam artikelnya yang berjudul “China, Pembangunan dan Keselamatan Global”.

Menurut Xulio, bagi China, kunci kestabilan, kemajuan dan keamanan terletak pada pembangunannya, manakala pembangunan merupakan salah satu aspek yang menjamin keselamatan. 

Katanya, inisiatif tersebut adalah tambahan kepada Inisiatif Pembangunan Global yang diketengahkan China pada 2021, dan kedua-duanya merupakan produk awam antarabangsa yang ditawarkan China.

Untuk rekod, Inisiatif Keselamatan Global diajukan oleh Presiden China, Xi Jinping sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2022 pada April.

Ia merujuk kepada komitmen memegang konsep keselamatan yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain, serta menyelesaikan percanggahan antara negara menerusi dialog dan perundingan.