China Seru Tingkatkan Multilateralisme dalam Bidang Hak Asasi

2022-06-15 14:16:06  CRI
Share with:

Institusi hak asasi manusia multilateral harus menjadi platform dialog dan kerjasama, bukan tempat untuk mencetuskan perpecahan atau konfrontasi.

Demikian kenyataan bersama lebih 30 negara yang disampaikan oleh Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu dalam sesi ke-50 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Selasa.

Antara saranan yang diajukan menerusi kenyataan tersebut adalah menegakkan keadilan; mengekalkan keterbukaan dan keterangkuman; berpegang kepada keobjektifan dan kesaksamaan; serta mendukung prinsip pembahagian geografi saksama.

Jelas Chen, mekanisme hak asasi multilateral perlu mematuhi Piagam PBB dan menyemarakkan nilai kemanusiaan, serta menentang amalan mempolitikkan atau memperalat isu hak asasi.

“Semua pihak perlu memperkukuh perpaduan, menggerakkan dialog dan kerjasama konstruktif berpandukan prinsip sama rata dan saling hormat, sambil memperluas konsensus, saling mempelajari dan maju bersama,” ujar beliau.  

Chen berkata mekanisme hak asasi multilateral juga perlu melakukan kerja berdasarkan maklumat yang objektif dan sahih, serta menghormati laluan pembangunan hak asasi yang dipilih pelbagai negara.

“Komposisi pekerja bagi mekanisme berkenaan perlu mencerminkan prinsip pengagihan geografi yang saksama dan membawa masuk lebih banyak bakat dari negara membangun,” tambah beliau.