Kelengkapan Penyimpanan Karbon Dioksida di Laut Siap

2022-06-15 14:22:46  CRI
Share with:

Pembinaan kelengkapan projek simpanan karbon dioksida di laut yang pertama di China telah siap di pangkalan Qingdao Syarikat Minyak Pesisir China (CNOOC), bersempena dengan sambutan Hari Karbon Rendah China yang jatuh pada 15 Jun.

Sebagai projek mesra alam, kelengkapan tersebut dapat menyimpan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1.46 juta tan di dasar laut.

Teknologi mengumpul, mengguna dan menyimpan karbon dioksida merupakan kaedah penting untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida, dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Penggunan teknologi tersebut adalah julung kali di China bahkan Asia. Ia dijangka mampu menyimpan karbon dioksida sebanyak 1.46 juta tan, bersamaan dengan penanaman pokok sebanyak 14 juta, atau keberhentian hampir sejuta buah kereta.

Ia bukan sahaja meneroka satu jalan baharu untuk mencapai sasaran puncak karbon dan neutral karbon di negara ini, menggalakkan penerokaan hijau telaga minyak dan gas di laut, malah juga membuat persiapan teknologi bagi "menyimpan karbon dioksida dari darat ke laut".