FAO: Konflik Rusia-Ukraine Bawa Risiko Besar

2022-06-15 14:19:19  CRI
Share with:

Majlis Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) mengadakan sidang ke-170 untuk membincangkan pengaruh konflik Rusia-Ukraine terhadap keselamatan makanan global dan isu-isu mengenai kerja FAO pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi FAO, Maximo Torero Cullen menyatakan, Rusia dan Ukraine memainkan peranan amat penting dalam pasaran eksport bahan makanan, namun konflik tersebut telah memberikan banyak risiko dan ketidakpastian kepada sistem bahan makanan dan pertanian dunia. Sehubungan dengan itu, pelbagai negara harus mengambil tindakan terselaras, memperkenalkan dasar dan menyediakan bantuan ekonomi agar membantu negara-negara yang terjejas mengharungi kesukaran semasa.