Perbalahan Parti akan Tambah "Mimpi Buruk AS"

2022-06-16 13:27:57  CRI
Share with:

Setakat 14 Jun waktu tempatan Amerika Syarikat (AS), Jawatankuasa Penyiasatan Khas Dewan Perwakilan telah mengadakan dua sesi pendengaran membabitkan rusuhan di Capitol Hill.

Pada 6 Januari tahun lalu, beribu-ribu penyokong presiden Donald Trump menyerbu masuk ke bangunan Capitol dan cuba mengubah keputusan pilihan raya presiden menggunakan tindakan kekerasan. Rusuhan itu mengakibatkan lima orang terbunuh, dan lebih 140 polis cedera, lebih 700 orang suspek ditahan. 

Peristiwa yang mengejutkan seluruh dunia itu dianggap sebagai "masa paling gelap demokrasi AS". Ditinjau dari dasarnya, punca peristiwa itu adalah perpecahan masyarakat dan polarisasi politik yang semakin serius di negara itu.

Pilihan raya pertengahan penggal di AS akan diadakan pada tahun ini, dan sikap kedua-dua parti terhadap sesi pendengaran tersebut berkait rapat dengan perkembangan pemilihan. Oleh itu, penyiasatan yang sepatutnya mencari hakikat telah berubah menjadi alat perbalahan parti. Menurut tinjauan pendapat umum terkini NBC, sebanyak 45 peratus responden menganggap Trump harus memikul "tanggungjawab penuh" atau "tanggungjawab utama" terhadap rusuhan di Capitol Hill, manakala 55 peratus responden menganggap Trump "hanya memikul sebahagian tanggungjawab" malah "tidak perlu bertanggungjawab" terhadap rusuhan itu.

Sarjana terkenal AS, Robert Kagan dalam artikel yang disiakan di Washington Post pada tahun lalu mengulas bahawa kemungkinan berlaku insiden keganasan besar-besaran, keruntuhan maruah kerajaan persekutuan, serta perpecahan negara ke barisan merah dan biru di AS dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Suara rasional seumpama tersebut harus menjadi amaran kepada ahli politik di Washington. Namun, sekiranya mereka tetap aysik terlibat dalam perbalahan parti dan mengabaikan masalah domestik, "demokrasi AS" akan memenui jalan buntu dan lebih banyak "mimpi buruk Amerika" akan berulang lagi.