Hasilkan Lukisan Thangka dengan Hati Nan Murni

2022-06-16 15:33:09  CRI
Share with:

Gong Juejie, seorang pelukis Thangka berprestij yang kini menyandang jawatan Naib Presiden Akademi Seni Lukis Thangka Tibet, China.

Dilahirkan pada 1987, Gong mula belajar teknik melukis Thangka sejak berusia tujuh tahun.

Thangka, sejenis lukisan skrol yang dihias dengan kain sutera berwarna-warni, mempunyai sejarah sekitar 1,300 tahun.

Lukisan yang unik ini mencerminkan keistimewaan tersendiri seni budaya Tibet.

Proses untuk mencipta sebuah karya Thangka mengambil masa beberapa bulan atau mampu mencecah dua hingga tiga tahun. 

Untuk menempa kecemerlangan dalam seni lukis Thangka, Gong mengasah kemahiran diri di studionya selama bertahun-tahun. 

Pada masa sama, Gong juga sering membantu pelbagai kuil tempatan membaik pulih lukisan Thangka. 

Karya beliau bukan hanya dikumpul oleh Muzium Seni Negara China, malah dianugerahkan pingat emas kesenian dan pertukangan tangan peringkat negara.

“Seni lukis Thangka adalah milik China dan juga untuk seluruh dunia.

“Jika berjaya diperkenalkan kepada semua, barulah ia mampu membuahkan nilai yang signifikan,” kata Gong.

Dengan hati nurani yang murni dalam melukis Thangka, Gong bercita-cita membolehkan lebih ramai orang mengenali dan menghayati pesona seni lukis ini.