BRICS Komited Pelihara Kepentingan Negara Membangun

2022-06-16 11:25:05  CRI
Share with:

Negara-Negara BRICS akan menjunjung semangat "terbuka, inklusif, kerjasama dan menang-menang", dan dengan tegas memelihara kepentingan bersama negara-negara membangun

Selain itu, negara-negara tersebut akan mengikuti panduan politik oleh pemimpin lima negara anggota BRICS untuk membuat persiapan bagi sidang kemuncak ke-14 BRICS yang akan diadakan tidak lama lagi.

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengarah Pejabat Jawatankuasa Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Yang Jiechi berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat wakil kanan hal ehwal keselamatan negara-negara BRICS ke-12 yang diadakan secara maya pada Rabu.

Dalam mesyuarat tersebut, kerja kumpulan kerja antikeganasan dan keselamatan siber telah dibahaskan. Para peserta bersetuju untuk mendorong rancangan dan garis panduan mengenai kerjasama antikeganasan dan keselamatan siber antarabangsa, menjaga peranan penyelaras utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha antikeganasan sejagat.

Para peserta juga menyeru untuk membina sistem tadbir urus Internet yang lebih inklusif, perwakilan dan demokratik.