Fed akan Naikkan Kadar Faedah Lagi

2022-06-16 11:26:34  CRI
Share with:

Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell dalam sidang akhbar pada Rabu menyampaikan ucapan mengenai keputusan terbaharu Fed untuk menaikkan kadar faedah.

Beliau berkata bahawa keputusan terkini mengenai kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas adalah satu langkah yang "luar biasa". Namun untuk mengawal inflasi pada tahap yang rasional, kenaikan kadar faedah seterusnya akan ditetapkan antara 50 hingga 75 mata asas.

Ketika menyebut sama ada Fed berkemampuan untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah di samping mengelakkan berlakunya kemelesetan ekonomi, Powell menyatakan bahawa inilah sasaran pihaknya pada masa ini. Namun beliau mengakui bahaw faktor-faktor yang tidak dapat dikawal seperti konflik Rusia-Ukraine, pandemik COVID-19 dan krisis rantaian bekalan global akan memberi tempias kepada ekonomi negara itu.