AS, Ancaman Keselamatan Siber Dunia

2022-06-16 13:29:43  CRI
Share with:


Amerika Syarikat (AS) telah menjadi ancaman utama dalam keselamatan siber di dunia. Laporan media terkini menunjukkan bahawa negara "Five Eyes Alliance" dan agensi siber di beberapa negara Eropah telah membantu AS dan menyertai operasi pengintipan siber negara itu di seluruh dunia. Ia menandakan AS sedang membina satu paksi pengintipan siber yang berteraskannya.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing ketika diminta memberi komen mengenai laporan yang dikeluarkan syarikat Anzer baru-baru ini.

Media keselamatan maklumat "Anzer" baru-baru ini mengeluarkan laporan yang menyebut bahawa Pejabat Operasi Teknologi Akses (TAO)  dibawah Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA) melakukan pencurian data terhadap pengguna Internet di seluruh dunia. Selain itu, AS menggunakan kapal selam untuk mencuri maklumat menggunakan kabel dan kabel dasar laut global. TAO juga menyerahkan senjata serangan siber kepada AS dan negara "Five Eyes Alliance". 

Selain itu, kerajaan AS mahu syarikat Internet negara itu berkordinasi dengan pembangunan dan pembuatan senjata siber, khususnya membangunkan senjata serangan terhadap peralatan telekomunikasi China.

Wang Wenbin menyatakan, AS mengotorkan imej China dan menyekat syarikat China dengan alasan keselamatan negara adalah bertujuan untuk melalukan pengintipan dan pencurian rahsia. Negara itu digesa menghentikan tindakan yang berniat jahat dan memikul tangungjawabnya di ruang siber.