AS Patut Lunaskan Hutang kepada Rakyat Afghanistan

2022-06-17 13:34:41  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) ialah pencetus masalah Afghanistan. Negara itu patut bertindak praktikal untuk memberi pampasan kepada rakyat negara itu. Wakil China berkata demikian dalam perbincangan tentang isu Afghanistan dalam sesi ke-50 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan pada Khamis.

Menurutnya, situasi di Afghanistan telah mengalami perubahan radikal dalam sepuluh bulan lalu. Kerajaan sementara telah mencapai kemajuan dalam pembinaan dan pelaksanaan pentadbiran, namun masih menghadapi pelbagai cabaran termasuk kemanusiaan, ekonomi dan keselamatan.

AS ialah pencetus krisis Afghanistan. Ramai rakyat jelata dibunuh oleh tentera AS atau  peperangan. Lebih 10 juta orang menjadi pelarian. AS tergesa-gesa mengundurkan tenteranya dari Afghanistan dengan tidak betanggungjawab telah mengakibatkan rakyat di negara itu masih mengalami krisis kemanusiaan yang serius hingga masa kini.

Wakil China itu menyatakan, AS bukan sahaja tidak memikul tanggungjawabnya untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan, malah merampas aset negara Afghanistan dan menambah penderitaan rakyat. China menuntut AS membatalkan sekatan sepihak terhadap Afghanistan dengan segera, memulangkan aset rakyat Afghanistan tanpa syarat.