Dow Jones Susut ke Bawah 30,000 Mata

2022-06-17 13:40:05  CRI
Share with:

Bursa saham di Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan jualan yang amat besar berikutan Rizab Persekutuan (Fed) mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas semalam iaitu kenaikan kadar terbesar sejak tahun 1994.

Tiga indeks saham utama dibuka rendah dan terus merosot pada dagangan sebelah pagi.

Antarnaya, Purata Perindustrian Dow Jones jatuh sebanyak 741 mata, atau 2.42 peratus, kepada 29927.07 mata, buat kali pertama jatuh ke bawah 30000 mata sejak Januari 2021.