Perpecahan di Britain Jadi Bahan Ketawa

2022-06-17 13:33:46  CRI
Share with:

Suruhanjaya Eropah telah melancarkan litigasi kehakiman terhadap kerajaan Britain kerana tidak patuh akan sebahagian kandungan Protokol Ireland Utara, pada Rabu.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Parti Sinn Fein, Michelle O'Neill yang menyokong Ireland Utara "keluar dari Britain" mengatakan, tindakan kerajaan Britain telah "memburukkan ketidakstabilan politik di Ireland Utara".

Pada dua hari dahulu, Menteri Pertama kerajaan Scotland, Nicola Ferguson Sturgeon mengumumkan bahawa referendum "keluar dari Britain" pusingan baharu akan diadakan pada tahun depan, tak kira kerajaan Britain bersetuju atau tidak. Terdapat media melaporkan, hampir setengah Britain kini mengalami perpecahan.

Seperti yang didugakan, tindakan sepihak kerajaan Britain dikutuk keras oleh Kesatuan Eropah (EU) dan dianggap bercanggahan dengan undang-undang antarabangsa. Akhbar The Guardian menyebut bahawa "provokasi melulu" Britain mungkin akan mencetuskan perang perdagangan antara negara itu dengan EU.

Menurut penganalisis, tindakan Britain akan memberikan impak negatif terhadap situasi politik di Ireland Utara, malah merangsang dan memburukkan lagi sentimen "keluar dari Britain" di wilayah tersebut.

Ireland Utara mahu merdeka, manakala Scotland hendak mengadakan referendum. Ini mengacau lagi kerajaan Britain yang bergelut dengan kesukaran buat masa ini. Dari kegagalan melawan pandemik COVID-19 ke membiarkan penularan wabak, dari skandal kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhimpun melanggar peraturan pencegahan wabak, ke inflasi tinggi dan kemerosotan ekonomi, kerajaan Britain kini berdepan banyak krisis untuk ditangani.

Perdana Menteri, Boris Johnson terselamat daripada undi tidak percaya dalam Parti Konservatif pada awal bulan ini, namun media Britain berpendapat bahawa maruahnya telah runtuh.

Walaupun menghadapi banyak masalah dalam negeri, ahli politik Britain masih aktif terlibat dalam urusan antarabangsa. Britain menjadi pengikut setia Amerika Syarikat (AS) untuk mencetuskan perselisihan di Eropah dan Asia-Pasifik. Tindakan Britain itu hanya akan menjadi bahan ketawa kepada masyarakat antarabangsa.