Zhoushan, Pulau Sumber Tenaga

2022-06-17 11:20:30  CRI
Share with:


Seiring dengan pelaksanaan pelbagai projek peringkat negara, kepulauan Zhoushan, provinsi Zhejiang telah mengalami perubahan yang besar dan menunjukkan wajah baharu. Industri perikanan sudah berubah menjadi industri sampingan dari industri tunjang, sedangkan industri perkilangan moden, logistik antarabangsa dan pelancongan berkembang maju terus di situ.


Kini, terdapat lebih 9,300 buah syarikat minyak dan gas yang beroperasi di kawasan kepulauan ini. Jumlah perdagangan minyak dan gas pula mencatat RMB737.9 bilion (RM483.6 bilion) pada 2021.