Usaha Perangi Penggurunan Buah Hasil Membanggakan
Tanggal 17 Jun merupakan Hari Sedunia untuk Memerangi Penggurunan dan Kemarau ke-28.
China sentiasa mementingkan usaha untuk mencegah dan mengawal penggurunan, dan berjaya meneroka siri teknologi serta model pengendalian yang cekap.
Setakat 2019, kawasan yang mengalami penggurunan di seluruh China dikecilkan sebanyak 2,424 kilometer persegi (km²) secara purata setiap tahun.
Berbanding tahap pengembangan 10,400 km² menjelang akhir abad ke-20, perubahan ketara itu meletakkan China sebagai yang pertama mencapai pertumbuhan sifar dari segi degradasi tanah di dunia.
Gurun tandus berubah wajah menjadi tanah subur dipinggiri kehijauan, hasil daripada usaha gigih golongan penggiat untuk memerangi penggurunan dari generasi ke generasi.
Di samping itu, projek penanaman tumbuhan seperti pokok populus, salix mongolica dan elaeagnus angustifolia yang mampu menahan angin kencang dan ribut pasir, juga berperanan penting dalam proses pengendalian penggurunan.