Rakyat AS Protes, Tuntut Pampasan kepada Mangsa Sistem Perhambaan

2022-06-19 14:40:05  CRI
Share with:

Penduduk di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mengadakan tunjuk perasaan pada 17 Jun, menuntut supaya pampasan diberikan kepada keturunan Afrika yang menjadi mangsa sistem perhambaan di negara itu.

Presiden ke-16 AS, Abraham Lincoln mengeluarkan Proklamasi Emansipasi pada September 1862 semasa perang saudara, secara rasmi menghapuskan sistem perhambaan di negara itu. Namun sehingga  19 Jun 1865, hamba kulit hitam di Texas baru tahu mereka dibebaskan daripada sistem perhambaan. Oleh itu, 19 Jun dilihat sebagai hari tamatnya sistem perhambaan di  AS. 

Pada Jun tahun lalu, AS secara rasmi menetapkan 19 Jun sebagai pelepasan umum persekutuan. Banyak aktiviti akan diadakan di seluruh negara itu untuk menyeru kesaksamaan kaum.