“Pelan China” Dorong Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Sejagat

2022-06-19 12:51:36  CRI
Share with:

“Inisiatif pembangunan sejagat yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping dalam ucapannya telah memberikan pelan penyelesaian bagi krisis global buat masa ini.” demikian ulasan Timbalan Ketua Editor akhbar Al Ahram Mesir mengenai ucapan video Xi Jinping dalam Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg. Beliau menganggap bahawa ucapan Xi itu memperlihatkan pendirian konsisten pihak China yang mendukung multilateralisme dan menggalakkan nilai bersama seluruh insan.

Xi dalam ucapan pada 17 Jun itu menegaskan bahawa usaha harus diperkasakan untuk mendorong pelaksanaan inisiatif pembangunan sejagat, bersama-sama mencipta dan berkongsi masa depan yang damai, makmur dan sejahtera. Beliau juga mengemukakan empat cadangan iaitu membina iklim pembangunan yang baik, meningkatkan hubungan rakan kongsi, mendorong globalisasi ekonomi, dan mempertahankan pembangunan dipacu inovasi. Kenyataan beliau telah memberi bimbingan serta menawarkan “Pelan China” kepada masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan pembangunan yang lebih adil, mampan dan selamat.

Pada masa ini, pandemik COVID-19 masih menular di dunia dan konflik antara Rusia dengan Ukraine memburukkan pergolakan situasi antarabangsa. Di samping itu, sekatan ekstrem oleh Barat ke atas Rusia turut memberikan tempias teruk kepada rantaian industri, rantaian bekalan serta keselamatan tenaga, kewangan dan makanan sejagat. Sementara itu, negara-negara Barat yang hanya mementingkan kepentingan diri, menyusun dasar ekonomi makro yang terlalu longgar dan meningkatkan halangan perdagangan dan pelaburan, tindakan mereka telah menjejaskan globalisasi malah meningkatkan beban kos hidup rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah.

Menurut unjuran Oxfam dalam laporannya pada Mei lalu, seramai 263 juta orang di dunia akan terperangkap dalam kemiskinan mutlak pada tahun ini. Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghadapai cabaran yang tidak pernah wujud.

Dalam konteks ini, cadangan oleh Presiden Xi dalam ucapannya kali ini memberi respons kepada aspirasi rakyat sedunia terhadap pembangunan bersama, dan ia akan mendorong pelaksanaan inisiatif berkenaan, di samping menyediakan penggerak bagi pemulihan pasca wabak kepada dunia khususnya negara-negara membangun.

Pembangunan bersama adalah pembangunan yang benar. Pembangunan China dalam tahun-tahun ini telah memberikan limpahan manfaat serta menawarkan peluang pembangunan kepada negara-negara lain. Tatkala berdepan krisis sejagat, semua negara berkongsi nasib dan perlu berganding tangan mengatasinya.