Ikuti Jejak Generasi Bapa

2022-06-20 11:21:37  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi Presiden Filipina baharu, Ferdinand Marcos Junior melalui telefon baru-baru ini.

 

Presiden Xi menyifatkan Ferdinand Marcos Junior bukan sahaja menjadi saksi kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara, malah turut terlibat ke arah usaha itu.

 

China dan Filipina menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1975 iaitu ketika bapa kepada Ferdinand Marcos Junior memegang jawatan Presiden Filipina.

 

Dan, setahun sebelum itu, Ferdinand Marcos Junior dan ibunya telah melawat China terlebih dahulu sebagai utusan khas dan bertemu dengan Mendiang Pengerusi Mao Zedong. Boleh dikatakan Ferdinand Marcos Junior dan ibunya merupakan pengasas hubungan China-Filipina.

 

Seperti banyak negara di dunia, di arena politik Asia Tenggara juga muncul beberapa keluarga politik. Persahabatan mereka dengan China pula diwarisi dari generasi tua ke generasi baharu.


 

Tun Abdul Razak merupakan politikus yang berpandangan jauh. Beliau menggalakkan Malaysia menjadi anggota ASEAN pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974.

 

Sebagai anak Tun Abdul Razak, Dato’ Seri Najib juga terus mengembangkan hubungan China-Malaysia dengan menjayakan taman perindustrian kembar di Qinzhou dan Kuantan dan pelbagai projek mega kerjasama kedua-dua pihak.

 

Ketika Dato’ Seri Najib membawa keluarga melawat Beijing pada tahun 2009, dalam pertemuan yang diadakan di Dewan Agung Rakyat Beijing, Perdana Menteri China pada masa itu Wen Jiabao menghadiahkan gambar ayahnya menandatangani perjanjian terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara di tempat yang sama. Sumbangan Tun Abdul Razak untuk hubungan kedua-dua pihak selalu teringat oleh orang China.

 

Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew pernah menjadi jambatan bagi Barat untuk memahami China. Taman perindustrian Singapura di Suzhou yang dibina pada tahun 1994 menjadi penjana besar kepada pembukaan pintu dan pembangunan ekonomi China yang pesat pada tahun 1990-an.

 

Setelah Lee Hsien Loong menjawat Perdana Menteri Singapura, beliau terus mengongsikan fahaman terhadap sejarah dan perkembangan semasa China di pelbagai arena antarabangsa supaya membantu Barat lebih memahami China dan Asia Timur.

 

Seperti pepatah Filipina yang dipetik oleh Presiden ketika menghubungi Ferdinand Marcos Junior , “jika tidak arif tentang perjalanan, tidak mungkin sampai destinasi jauh”, orang China juga selalu berkata, “ketika minum air, ingatlah asal usulnya”.

 

Negara Barat selalu menegaskan “tiada kawan yang konsisten, hanya ada kepentingan yang konsisten”. Tapi dalam tamadun Timur, kemesraan persahabatan adalah sangat penting.

 

Hubungan persahabatan antara China dengan pelbagai negara Asia Tenggara terjalin kerana generasi tua kita pernah berganding pahu melawan imperialism dan penjajahan. Hubunga kita berkembang lancar pada 20 tahun ini, sebab keazaman “keluarga Asia” diwarisi oleh generasi baharu. Satria yakin hubungan kita akan menjadi lebih kukuh pada masa akan datang dengan generasi akan datang yang mengembangkan kemesraan antara satu sama lain.