1 Maut, 3 Cedera Insiden Tembakan di Washington

2022-06-20 14:13:36  CRI
Share with:

Seorang remaja berusia 15 tahun maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di barat laut Washington DC.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan (MPD), kejadian berlaku pada malam Ahad ketika aktiviti sambutan Juneteenth sedang berlangsung. 

Mangsa yang cedera antaranya seorang pegawai polis telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.