Dasar “Satu Negara, Dua Sistem” Dipraktik dengan Berjaya di Hong Kong

2022-06-20 11:50:23  cri
Share with:

Dasar“satu negara, dua sistem" dipraktikkan dengan berjaya di Hong Kong dalam tempoh 25 tahun yang lalu.

Demikian ujar Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dalam satu temu bual menjelang ulang tahun ke-25 Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air.

Menurutnya, Hong Kong melakar kejayaan signifikan sepanjang lima tahun lepas hasil usaha bersama kerajaan pusat dan kerajaan HKSAR serta pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya dalam menjamin keselamatan negara, menyempurnakan sistem pilihan raya, melaksanakan prinsip “Hong Kong ditadbir patriot” dan berintegrasi dengan landskap pembangunan negara.    

Carrie Lam menyifatkan “satu negara, dua sistem” sebagai gagasan yang luhur dan juga satu usaha perintisan.

Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap pembangunan Hong Kong pada masa depan.