Israel Bedil Sasaran Hamas di Gaza

2022-06-20 14:00:27  CRI
Share with:

Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa sasaran di Genting Gaza pada Sabtu, sebagai balasan terhadap serangan roket dari kawasan berkenaan awal pagi hari itu.  

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berjaya memintas sebuah roket yang menyasarkan kawasan kediaman penduduk di selatan Israel. 

Sebagai tindak balas terhadap serangan roket itu, Israel kemudiannya menghantar jet pejuang untuk membedil beberapa kemudahan milik Hamas di Gaza. 

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin berkata tiga rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Jenin, Tebing Barat pada Jumaat, dan 12 lagi cedera dalam konflik berikutnya. 

Hamas memaklumkan seorang daripada yang maut merupakan komandernya, dan berikrar membalas dendam terhadap Israel. 

Sementara itu, Israel mendakwa terdapat kenderaan yang mencurigakan melepaskan tembakan ke arah tenteranya, menyebabkan mereka bertindak membalas tembakan.