Jumlah Telefon Bimbit Pintar Jenama China Meningkat Ketara

2022-06-20 13:25:59  CRI
Share with:

Adakah anda atau rakan-rakan sedang menggunakan telefon bimbit pintar jenama China?

Menurut tinjauan dari jumlah permohonan paten penciptaan telekomunikasi wayarles global 2020, Huawei dan OPPO menduduki tempat pertama dan ketiga dengan jumlah sebanyak 8,607 dan 5,353.

Antara 10 teratas dalam ranking terbabit, jenama China meraih empat tempat.

Teknologi inovatif itu merupakan hasil daripada kemajuan industri telefon bimbit.

Kebelakangan ini, China menyaksikan peningkatan ketara dalam rantaian reka bentuk, perkilangan dan pengeluaran, sehingga menyaksikan syarikat pembekal berkembang pesat serta mampu menyempurnakan teknologi berkenaan.

Pada 2021, jumlah pengeluaran telefon bimbit China menduduk tempat pertama di seluruh dunia dan jumlah eksport keluaran China mencatat 97.692 juta pada Disember tahun itu.

Ia secara tidak langsung menyasikan pertambahan sebanyak 0.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun terdahulu, dengan kapasiti telefon bimbit China dilaporkan meliputi 70 peratus bagi jumlah seluruh dunia.

Sehubungan itu, jenama China juga mencari kedudukan sendiri di luar China.

Jenama dari China bukan sahaja menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna, tetapi juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Untuk rekod, Indonesia merupakan tempat pertama untuk jenama OPPO membuat kemunculannya di dunia pada 2013.

Tahun yang sama juga, OPPO berikar untuk menubuhkan pusat perkhidmatan bagi memaksimumkan pengalaman positif pasca-jualan dalam kalangan penggunanya.

Setahun kemudian, janji tersebut ditunaikan 81 pusat perkhidmatan telah ditubuhkan di pelbagai bandar sekitar Indonesia.

Sebagaimana diketahui umum, pengguna internet Indonesia adalah yang paling suka aktiviti sosial dalam talian di dunia.

Pada 2016 pula, fungsi swafoto mahir siri F diperkenalkan bagi mengadaptasi penduduk Indonesia yang sangat terkenal dengan kegemaran untuk berswafoto.

Kewujudan fungsi tersebut juga secara tidak langsung berjaya menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah penjualan jenama itu di Indonesia pada setengah tahun pertama.