Komitmen BRICS Galak Pembangunan Mampan, Beri Manfaat kepada Dunia: Pakar Thai
Komitmen negara-negara BRICS terhadap pembangunan mampan global akan memberi manfaat kepada semua negara di dunia, kata pakar Thailand.
Selaku pengerusi bergilir BRICS pada 2022, China akan menggalakkan semua negara mempercepat pelaksanaan Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), memantapkan pelaksanaan inisiatif pembangunan sejagat, dan bersama-sama ke arah komuniti pembangunan global.
Untuk itu, Pengarah Pusat Ekonomi Antarabangsa di Fakulti Ekonomi, Universiti Chulalongkorn, Dr. Piti Srisangnam berpendapat, BRICS, iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan komited untuk memajukan ekonomi dan mencapai pembangunan mampan, sehingga menyumbang kepada pembangunan dunia.
Menurut beliau, mekanisme kerjasama seumpama akan membawa manfaat kepada dunia menyusuli dialog dan kolaborasi yang lebih banyak dilakukan antara BRICS dengan pasaran baru muncul.