Stesen Kereta Api Fengtai Beijing Beroperasi Semula

2022-06-20 11:47:07  CRI
Share with:

Stesen Kereta Api Fengtai Beijing China yang sudah berusia selama seratus tahun memulakan semula operasinya secara menyeluruh pada hari ini.

Setelah melalui projek penaiktarafan selama empat tahun, stesen ini sekali gus menjadi hab pengangkutan kereta api penumpang terbesar di Asia.

Ia juga merupakan terminal bagi sejumlah trip atau perjalanan penting di negara ini yang termasuk trip dari Beijing ke Guangzhou, Beijing ke Shanghai, dan Beijing ke Kowloon (Hong Kong). 

Ingin mengetahui keadaan di hab pengangkutan kereta api penumpang yang terbesar di Asia ini? Dan, apakah antara kemudahan perkhidmatan yang tersedia dalam stesen tersebut?

Ayuh, tontoni video ini!