China Lindungi Multiliateralisme Sebenar

2022-06-20 15:11:48  CRI
Share with:

Persidangan Peringkat Menteri ke-12 Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang diadakan di Geneva pada 12 hingga 17 Jun menyaksikan hasil "1+4" berjaya dicapai melalui rundingan sengit beberapa pusingan antara pelbagai pihak.

 

"1" merujuk kepada "Dokumen Pencapaian Persidangan Peringkat Menteri ke-12 WTO", iaitu pelbagai pihak berazam untuk terus meningkatkan mekanisme perdagangan multilateralisme berteraskan WTO, di samping mendorong pembaharuan penting.

 

"4" pula merujuk kepada kata sepakat dicapai pelbagai pihak dalam 4 aspek termasuk wabak COVID-19, subsidi perikanan, keselamatan bijirin dan e-niaga.

 

Wakil tetap China di WTO, Li Chenggang menyatakan bahawa WTO mengamalkan prinsip mencapai kata sepakat melalui perbincangan.

 

Menurut beliau, anggota WTO saling menyokong dan bertolak ansur supaya mencapai hasil dalam persidangan kali ini, manakala China pula memainkan peranan yang bersifat membina.

 

Li berkata, peranan membina yang dimainkan China tersebut boleh dilihat dalam pencapaian pengecualian hak cipta intelek vaksin COVID-19, pembaharuan WTO dan subsidi perikanan.

 

“China mengambil masuk vaksin COVID-19 ciptaan sendiri ke dalam kerangka pengecualian, sambil berkomitmen untuk tidak mengejar kefleksibiliti dalam pengecualian vaksin.

 

“Ini bermakna China tidak akan berasing dengan negara-negara membangunan lain demi keuntungan,” ujar beliau.

 

Dalam rundingan subsidi perikanan pula, China dan Amerika Syarikat telah mencapai kata sepakat dalam satu topik kunci yang dilihat kondusfi bagi menghapuskan segala halangan dalam rundingan terbabit.

 

 

Li menekankan bahawa melindungi multilateralisme sebenar dan sistem perdagangan pelbagai hala yang berteraskan WTO merupakan matlamat dikejar China.