Galak Pengecualian IPR Vaksin COVID-19, Pamer Kebertanggungjawaban China

2022-06-21 13:55:04  CRI
Share with:

Persidangan Peringkat Menteri ke-12 (MC12) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang berlangsung di Geneva minggu lalu, membuahkan beberapa hasil signifikan antaranya keputusan mengenai hak harta intelek (IPR) bagi vaksin COVID-19. 

Menurut wakil Jabatan Urusan WTO Kementerian Perdagangan, China memberi sumbangan penting kepada pemuktamadan keputusan itu, sekali gus mempamerkan kebertanggungjawabannya selaku kuasa besar.

Sejak sekian lama, China aktif mengambil bahagian dalam perundingan mengenai pengecualian IPR vaksin COVID-19 di bawah kerangka WTO, dengan memfokuskan usaha memastikan negara membangun mendapat akses kepada vaksin mampu milik.

Di samping itu, China terus memperkukuh komunikasi dan interaksi dengan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), India, Afrika Selatan dan anggota-anggota lain dalam usaha ke arah mencapai persetujuan seawal mungkin.

Sebagai pengeluar dan pembekal utama vaksin COVID-19, China mengambil inisiatif mengumumkan untuk tidak menikmati fleksibiliti daripada keputusan pengecualian IPR itu. Ia secara tidak langsung meletakkan asas kukuh untuk membolehkan hasil berkenaan dicapai dalam persidangan MC12.