Falasi Papar Wajah Sebenar ‘Empayar Pendusta’

2022-06-21 15:27:25  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken tampil menggembar-gemburkan teori ‘ancaman China’, mencampuri urusan dalaman serta memburuk-burukkan dasar domestik dan luar China dengan kata-kata yang dipakejkan dengan teliti, semasa menyampaikan pidato berhubung dasar terhadap China di Asia Society mutakhir ini.

Bagaimanapun, tidak kira bagaimana kata-katanya dipakejkan atau disamarkan, ia tidak dapat menyembunyikan motif sebenar AS untuk mengekang dan menindas China secara menyeluruh.

Ahad lalu, Kementerian Luar China menyiarkan sebuah artikel panjang yang mendedahkan kemunafikan serta bahayanya dasar AS terhadap China menerusi petikan fakta dan data.

Dengan menggunakan kira-kira 40,000 pepatah perkataan, artikel itu menyenaraikan 21 falasi dalam dasar AS terhadap China, dan menganalisis kebenaran melalui hujah terperinci.

Secara rumusannya, AS adalah pencetus huru-hara terbesar, pencipta dan pengamal ‘diplomasi paksaan’, selain menjadi pencabul hak asasi dan penggodam terbesar di dunia. 

Antara dusta paling mengejikan yang direka-reka politikus AS termasuklah "China menimbulkan cabaran jangka panjang paling serius kepada orde antarabangsa".

Pada masa sama, retorik AS yang mendakwa dirinya mempertahankan undang-undang, perjanjian, prinsip dan institusi antarabangsa disifatkan sebagai hipokrit danmemutarbelitkan fakta.

Sementara itu, 'pseudo multilateralisme’ yang diamalkan AS telah memperluas tentakelnya ke rantau Asia Pasifik dengan melobi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), sambil cuba membentuk peraturan dagangan didominasi AS dan memaksa negara-negara serantau mencantas hubungan dengan China.

IPEF yang disusun berdasarkan kepentingan diri AS akan menghambat pemulihan ekonomi dunia pasca pandemik.