Alat Elektrik Pintar Keluaran China di Luar Negara Laris
Jumlah pengeluaran alat elektrik yang dihasilkan China mencatat 3.8 bilion pada 2021 dengan nilai eksport mencecah USD98.72 bilion (RM434.32 bilion).
Sementara itu, peti sejuk yang dieksport China merealisasikan pertumbuhan pada 12 tahun berturut-turut, sehingga menjadi negara pengeksport terbesar produk berkenaan di seluruh dunia.
Menurut laporan, industri alat elektrik China mempunyai rantaian industri dan pembekalan yang stabil.
Ia boleh dilihat semasa penularan wabak COVID-19 apabila kapasiti perkilangan domestik alat elektrik pintar adalah selaras dengan penjualan luar, dan memastikan kestabilan rantaian pembekalan.
Sejumlah syarikat China turut mempercepat proses globalisasi, dengan memenuhi permintaan pasaran setempat, sekali gus menyadiakan banyak peluang kerja.
Sebagai contoh, Midea kini sedang mempercepat pembinaan kilangnya di Afrika, manakala Hisense sedang mempertingkat pengeluarannya di Mexico, dan Haier pula mengintensifkan pelaburannya ke India serta Turkiye.
Perusahaan China sedia maklum tentang kelebihan masing-masing dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
Sementara industri alat elektrik China sedang mengalami transformasi, ASEAN pula adalah pasaran baharu muncul yang penting, dan juga merupakan rantau penting transformasi industri berkenaan.
Pada 2021, China mengeksport alat elektrik yang bernilai USD26.72 bilion (RM117.54 bilion) kepada negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), iaitu 22.9 peratus daripada keseluruhan jumlah alat elektrik yang dieskport.
Pemeteraian RCEP dipercayai akan memperluas pasaran dan mempertingkat daya saing industri.