Sungai Besar di Tanah Airku

2022-06-21 13:48:40  CRI
Share with:

Dalam perjalanan balik dari pejabat petang semalam, Satria tengok dalam taman di tepi jalan ada sekumpulan mak cik sedang menari tarian pedang mengiringi irama “Tanah Airku”.

 

Penulis lagu ini yang meninggal pada pagi semalam iaitu Qiao Yun, dan Satria faham mereka cuba memperingati beliau dengan cara sendiri. Tanpa sedar, Satria pun turut menyanyi sama dengan suara kecil mengikuti irama tersebut.

 

“Sungai yang lebar berombak-ombak. Angin membawa wangian padi di kedua-dua tebing sungai. Rumahku berada di sana, seringku terdengar suara para nelayan dan lihat layar-layar yang putih.”

 

Lagu ini menjadi popular selama kira-kira 70 tahun.

 

Pernah ada seorang penulis amat terkenal di Taiwan menyampaikan pidato di Universiti Hong Kong.

 

Menurutnya, satu lagu boleh popular selama puluhan tahun, kerana ia kenangan setiap orang terhadap satu zaman. Beliau turut tanya para pendengar, apakah lagu yang memberi kesan mendalam kepada anda sekalian?

 

Naib Canselor Universiti Baptis Hong Kong, Dr. Albert Chau menjawab bahawa itulah “Tanah Airku” yang beliau dengar ketika masih bergelar sebagai mahasiswa.

 

Ketika beliau diminta untuk mendendangkan lagu tersebut, nyanyian solo yang dimulakan dengan suara tak begitu lantang cepat menjadi nyanyian bersama hampir setiap orang yang duduk dalam dewan.

 

Ini amat mengejutkan penulis Taiwan itu, sebab ia menyokong “kemerdekaan Taiwan”, dan niat pidatonya untuk menghitamkan pentadbiran komunis.

 

Oleh itu, beliau berasa amat kekok untuk menutup pidatonya lantas menyatakan, “kadang-kadang sungai besar itu hanya bermakna sungai besar, wangi padi pula hanya bermakna wangi padi saja”.

 

Bukan begitu.

 

Menurut Qiao Yu, sungai besar dalam seni kata adalah Sungai Yangtze, tapi beliau tidak secara langung tertulis nama sungai dalam lagu, sebab bagi setiap orang, mesti ada satu “sungai besar” dalam hati. Itu mungkin sebenarnya sungai kecil saja dalam kampung, tapi ini ingatan kita terhadap kampung halaman.

 

Satria juga yakin terdapat satu “sungai besar” dalam kenangan anda yang membaca tulisan ini.

 

Boleh jadi Bengawan Solo, Sungai Klang, Sungai Mekong, atau satu sungai kecil yang tidak Satria ketahui, tapi bermakna besar bagi anda.

 

Sedikit latar belakang mengenai lagu ini, ia sebenarnya dicipta untuk sebuah filem mengenai perang menyokong Korea Utara melawan pencerobohan Amerika (Perang Korea) yang tercetus pada tahun 1950.

 

Ketika semua askar yang menahan dalam satu gua rehat sekejap setelah berjaya melawan serangan pasukan Amerika, seorang doktor tentera menyanyi lagu ini. Ia membawa kenangan para askar kepada kampung halaman yang indah dan memperkukuh tekad mereka menumpahkan darah hingga mengorbankan nyawa di sini untuk memastikan keamanan di kampung halaman dan Tanah Air.