Petani Sibuk Sempena "Solstis Musim Panas”

2022-06-21 13:26:39  CRI
Share with:

 

Hari "Solstis Musim Panas" tahun 2022 jatuh pada hari ini.

 

Pada Hari "Solstis Musim Panas", matahari berada paling jauh ke utara dari khatulistiwa dan paling dekat dengan garisan lintang utara, manakala waktu siang pelbagai tempat di Hemisfera Utara menjadi paling panjang dalam sepanjang tahun.


Selain merupakan tanda kepada waktu siang yang maksimum panjangnya, Hari "Solstis Musim Panas" juga dianggap sebagai permulaan kemuncak musim panas.

 

Suhu udara di kebanyakan tempat di China lebih tinggi dengan sinaran matahari yang lebih kuat.

 

Pada masa ini, rumpai di kawasan ladang tumbuh sama pantas dengan tumbuhan-tumbuhan yang ditanam, manakala penyakit dan serangga juga cepat merebak.

 

Ini menandakan kaum petani memasuki tempoh yang amat sibuk untuk menangani masalah tersebut, termasuk langkah membuang rumpai agar memastikan pengeluaran dengan lebih banyak nanti.