BRI Beri Peluang Pembangunan Besar kepada Indonesia
Usaha sama membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang disarankan Presiden China, Xi Jinping pada 2013 telah memberi peluang pembangunan besar kepada Indonesia.
Demikian dinyatakan penganalisis veteran dari Indonesia yang juga ketua editor akhbar Sin Po, Bambang Suryono dalam satu temu bual baru-baru ini.
Beliau berkata sepanjang lapan tahun lalu, kerjasama pragmatik antara Indonesia dengan China dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memberangsangkan.
“Kerjasama perdagangan kedua-dua negara kini meliputi komoditi pukal, minyak sawit, makanan laut, mineral dan banyak lagi.
“Selain itu, banyak projek infrastruktur di Indonesia adalah diusahakan oleh syarikat China, termasuk lebuh raya, kawasan kediaman, stesen janakuasa elektrik dan kemudahan tali air,” jelas beliau.
Menurutnya, dengan semakin mantapnya pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Indonesia dan China pasti akan meneroka lebih banyak peluang kerjasama yang saling menguntungkan, sambil berdampingan ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan.