AS Terperangkap dalam Jerat Sendiri

2022-06-22 14:18:49  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur pada Selasa, tindakan mengharamkan import produk dari Xinjiang, melainkan 'bukti jelas dan meyakinkan' dikemukakan syarikat bahawa barangan yang diimport tidak dibuat menggunakan buruh paksa.

Perbuatan AS itu adalah untuk mencemarkan keadaan hak asasi di Xinjiang dan menjadikannya sebagai senjata bagi menyekat rezeki pemain industri kapas, tomato dan solar fotovoltaik (PV) di wilayah berkenaan serta mengekang pembangunan China.

Dipercayai bahawa AS dirinya sendiri takkan terlepas daripada dampak akibat sekatan ke atas Xinjiang.

Dakwaan wujudnya elemen buruh paksa di Xinjiang telah terbukti satu pembohongan belaka yang diada-adakan oleh kuasa anti-China.

Politikus AS tidak pernah mengambil berat terhadap situasi pekerjaan di Xinjiang, hanya mengada-adakan perkara dusta bertopengkan hak asasi untuk memburukkan China dan menindas pemain industri di wilayah tersebut.

Mereka berniat untuk menyingkirkan Xinjiang malahan China daripada rantaian bekalan global.

Penganalisis berpendapat, akta berunsur dusta itu akan mengganggu peraturan perdagangan antarabangsa serta menjejaskan kestabilan rantai perindustrian dan rantai bekalan global.

Selain itu, perusahaan berorientasikan eksport di Xinjiang juga akan terjejas akibat pelaksanaan akta berkenaan.

Namun, mustahilnya AS membendung pembangunan China dari perspektif ekonomi. Pasaran China yang besar serta permintaan pasaran global pasti akan memberi ruang kepada perusahaan Xinjiang untuk bergerak.

Sebaliknya, AS sendiri mungkin 'terperangkap dalam lumpur' ekoran pelaksanaan akta tersebut. Semua kos akhirnya akan ditanggung pengguna domestik.

China akan mengambil langkah yang tegas untuk melindungi hak dan kepentingan sah perusahaan dan rakyatnya, sekali gus memastikan rantai perindustrian dan rantai bekalan global kekal stabil.