China Seru Sinergi Dibentuk Selesai Legasi Kolonialisme

2022-06-22 14:21:24  CRI
Share with:

China menyeru supaya sinergi dibentuk untuk menyelesaikan legasi kolonialisme sekali gus menghapuskan impak negatifnya terhadap pengecapan hak asasi manusia. 

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu berkata kolonialisme pernah membawa malapetaka kepada dunia. 

"Legasi kolonialisme masih wujud sampai sekarang, sehingga memberi kesan buruk kepada penikmatan hak asasi rakyat seluruh dunia khususnya di negara membangun.

"Semua pihak perlu bersinergi menangani isu berkenaan, mempertahankan keadilan antarabangsa dan menggerakkan tadbir urus hak asasi global ke arah yang lebih saksama, munasabah dan inklusif," katanya semasa berucap pada satu sidang video anjuran Misi Tetap China ke Geneva, Selasa.

Dilangsungkan sempena sesi ke-50 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), sidang maya itu turut menarik kehadiran wakil misi tetap ke PBB dari lebih 30 negara, serta 60 orang pakar, sarjana dan pengamal media.