Gempa Bumi 5.3 Skala Richter Landa Aceh

2022-06-22 12:27:31  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Sinabang, wilayah Aceh sekitar pukul 2 pagi tadi, lapor Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG). 

Pusat gempa itu terletak kira-kira 43 kilometer dari barat daya daerah Sinabang pada kedalaman 10 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.