Kaedah Pemelihara dan Penggunaan Tanah di China

2022-06-23 13:51:31  CRI
Share with:

Pada 25 Jun ini, China akan menyambut Hari Tanah Negara yang ke-32.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai tempat di China telah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memelihara dan memanfaatkan tanah dengan sebaik mungkin bagi menjamin penghasilan bijirin, sekali gus mendorong pembangunan desa.

 

Bagi para petani di kaunti Lishu provinsi Jilin, timur laut China, mereka menyedari hakikat bahawa kualiti tanah hitam tempatan pasti akan menurun selepas dicucuk tanam walau betapa suburnya ia.

 

Maka, selepas jagung dituai, para petani akan menutup permukaan ladang dengan tangkai, seolah-olah seperti "menutup" tanah dengan "selimut" untuk melindungi tanah hitam yang cukup berharga tersebut.

 

Kumpulan penyelidikan dan pengeluaran yang diketuai mendiang saintis China, Yuan Longping memulakan penyelidikan padi kalis tanah bergaram pada 2012.

 

Padi yang digelar “padi laut” tersebut sudah ditanam di tanah seluas kira-kira 40,000 haktar di China menjelang 2021, dengan hasilan purata lebih 6,700 kilogram setiap hektar, manakala rekod paling tinggi adalah 13,000 kilogram satu hektar.

Selain padi, China juga menyelidik dan mengeluarkan pelbagai jenis tanaman yang kalis tanah bergaram.

 

Untuk rekod, China adalah negara yang paling awal menjalankan penternakan ikan di ladang padi.

Ruang ladang padi digunakan secara keseluruhan membolehkan padi, ikan, itik, ketam, siput air dan ikan lumpur dapat hidup bersama-sama, secara tidak langsung melambangkan pertanian dan perikanan boleh berkembang selaras dengan usaha perlindungan ekopersekitaran.