Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-13 Berlangsung
Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-13 berlangsung menerusi pautan video pada Rabu.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, Samdech Pichey Sena Tea Banh.
Wei berkata, hubungan China-ASEAN menyaksikan batu tanda baharu apabila pemimpin kedua-dua pihak mengumumkan penjalinan perkongsian strategik komprehensif pada November tahun lepas.
Menurutnya, kedua-dua pihak perlu terus mengekalkan prinsip saling hormat, terbuka dan terangkum serta kerjasama menang-menang, dan berganding bahu ke arah komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.
Menyentuh tentang isu Laut China Selatan, Wei menyarankan pihak-pihak terlibat menghapuskan gangguan dan berpegang pada ‘pendekatan dwitrek’ bagi membina laut tersebut sebagai laut yang damai, bersahabat dan kerjasama.
Pemimpin badan pertahanan pelbagai negara ASEAN pula berkata, penjalinan perkongsian strategik komprehensif memberi peluang baharu kepada kedua-dua pihak untuk memperkasa kerjasama pertahanan dan keselamatan.
ASEAN bersedia terus meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan China, dan bersama memelihara kedamaian dan pembangunan lestari serantau.