Qatar Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Genting Gaza

2022-06-23 11:32:38  CRI
Share with:

Qatar menyediakan bantuan kewangan kemanusiaan pusingan baharu kepada Genting Gaza bermula Khamis.

Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Genting Gaza menerusi kenyataan semalam, berkata pihaknya bersama Tabung Pembangunan Qatar akan menyalurkan bantuan berupa wang tunai kepada kira-kira 100,000 buah keluarga yang memerlukan di Gaza menerusi 300 pusat pengedaran tempatan kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan, setiap keluarga akan mendapat wang bantuan bernilai AS$100.

Qatar telah lama memberikan bantuan kemanusiaan menyasar projek infrastruktur di Genting Gaza untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.