Canang Lagi ‘Virus Bocor dari Makmal’, Amalan Keji

2022-06-23 10:57:09  CRI
Share with:

Laporan akhbar Britain “The Mail on Sunday” mengenai asal usul COVID-19 tidak selaras dengan fakta, dan turut ditolak Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Rabu.

Menurutnya, Sekretariat WHO telah memberi penjelasan kepada China berkaitan laporan tersebut, dan menegaskan bahawa Tedros tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang seumpama.

Wang berkata, anggapan virus COVID-19 terbocor dari makmal merupakan dusta yang direka kuasa anti-China demi tujuan politiknya, dan ia tidak berasaskan sains sama sekali.

China telah menjemput kumpulan pakar WHO untuk meninjau ke makmal di Wuhan, dan laporan bersama menunjukkan bahawa kebocoran virus COVID-19 dari makmal adalah sangat mustahil.

Beliau turut membidas amalan media berkenaan yang mencanangkan lagi perkara tersebut, dan menganggap ia bukti kepada mainan politik untuk menghitamkan imej China dan menjejaskan usaha merungkai asal usul virus.