China Seru Dunia Hulur Lebih Banyak Bantuan kepada Afghanistan

2022-06-24 13:40:18  CRI
Share with:

Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika berucap dalam sidang terbuka isu Afghanistan Majlis Keselamatan PBB semalam menyeru masyarakat antarabangsa agar memberi lebih banyak sokongan dan bantuan kepada Afghanistan.

 

Zhang berkata, iktibar dalam 20 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa campur tangan ketenteraan dan model negara lain tidak bermanfaat di negara itu.

 

“Sebaliknya pelbagai pihak perlu melaksanakan prinsip ‘dipimpin oleh orang Afghanistan, dikuasai oleh orang Afghanistan’, berinteraksi dengan kerajaan sementara negara itu dengan sikap pragmatik, menyokong kedamaian dan kesatupaduan domestik negara itu, serta mencari model pentadbiran yang selaras dengan keadaan sebenar Afghanistan,” katanya.

 

Menurut Zhang, situasi kemanusiaan dan ekonomi berada pada keadaan membimbangkan setelah pengunduran pasukan tentera luar negara secara mendadak pada Ogos tahun lalu.

 

Setakat ini, program respons kemanusiaan Afghanistan masih kekurangan modal sebanyak USD3 bilion (RM13.2 bilion).

 

Pada April, pelbagai pihak terdiri daripada pakar isu kemanusiaan PBB menyeru Amerika Syarikat (AS) untuk membatalkan pembekuan terhadap aset luar negara Afghanistan bagi mengubah keadaan kehidupan golongan wanita dan kanak-kanak di negara itu.

 

“Afghanistan menghadapi pelbagai lagi masalah lain termasuk keselamatan, anti-keganasan, anti-dadah dan pelarian.

 

“Untuk menghadapi masalah tersebut, adalah penting untuk membantu Afghanistan membanteras pelbagai kumpulan keganasan seperti "Daesh" dan "ETIM", selain menyokong Afghanistan menjalani penanaman menggantikan Popi Candu, sekali gus memastikan hak dan kepentingan wanita dan kanak-kanak Afghanistan dalam pendidikan serta pekerjaan,” ujar Zhang.

 

Beliau turut menekankan bahawa China dan Afghanistan adalah negara jiran yang baik.

 

Jelas Zhang, kerajaan China telah menghulurkan bantuan kecemasan bernilai RMB250 juta (RM165 juta) kepada negara itu sejak musim sejuk tahun yang lalu.

 

“Bantuan bilateral yang melibatkan modal sebanyak RMB1 biliion (RM658 juta) pula akan terus dilaksanakan dan China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk memberi sumbangan baharu untuk masa depan yang lebih cerah di Afghanistan,” tambahnya.