Sidang Kemuncak BRICS Ke-14 Amat Berjaya

2022-06-24 13:07:58  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak BRICS ke-14 yang berlangsung secara maya pada Khamis berjaya membuahkan hasil signifikan, kata Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu. 

Menurut beliau, pertemuan tahunan itu telah membuka lembaran baharu kolaborasi BRICS sekali gus mempamerkan prospek cerah mekanisme kerjasama berkenaan.

“Selaku pengerusi BRICS tahun ini, China proaktif menghadapi pelbagai situasi, risiko dan cabaran kompleks, menjana keberhasilan kerjasama BRICS, dan memperkukuh perkongsian strategik sesama anggota.

“Usaha tersebut turut meningkatkan pengaruh negara BRICS, di samping memberi sumbangan baharu kepada keamanan dan pembangunan dunia,” katanya.

Difahamkan, menerusi Deklarasi Beijing yang diluluskan dalam sidang kemuncak kali ini, negara-negara BRICS telah menyusun rancangan kerjasama untuk fasa seterusnya.

Konsensus turut dicapai membabitkan isu-isu utama serantau dan global antaranya multilateralisme, keadilan antarabangsa, sinergi melawan wabak COVID-19 serta pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030.