Junjung Multilateralisme Jitu, Fokus Tindakan Pragmatik: NDB

2022-06-25 16:24:54  CRI
Share with:

Bank Pembangunan Baharu (NDB) komited menambah anggota dan mengembangkan rangkaian hubungan.

Demikian ujar Naib Presiden merangkap Ketua Pengawai Administratif (CAO), Zhou Qiangwu ketika temu bual eksklusif bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) pada Jumaat.

NDB diasaskan pada 2015 oleh negara BRICS, yang terdiri daripada lima ekonomi utama sedang berkembang di dunia iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Keahliannya dibuka kepada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zhou berkata, masyarakat antarabangsa termasuk negara BRICS perlu menjunjung penuh amalan multilateralisme jitu, menfokuskan kepada tindakan pragmatik, memperkasakan kolaborasi, dan terus berusaha merapatkan jurang pembangunan.

Setakat ini, bank tersebut meluluskan pinjaman melebihi AS$30 bilion membabitkan 80 projek.

Ia akan membantu ahlinya membangunkan bidang-bidang seperti tenaga bersih, pengangkutan, pembinaan bandar, sanitasi sumber air, kemudahan awam dan infrastruktur digital.  

“Jumlah pelaburan sebanyak AS$30 bilion nampaknya tak berapa besar, namun kesan penggandanya (multiplier effect) amat besar, yang mampu menarik aliran modal berganda ke projek pembinaan infrastruktur dan pembangunan lestari. Ini adalah kesan mobilisasi modal yang dimiliki institusi penerokaan pelbagai hala,” kata beliau.

Sebagai tindak balas COVID-19, pada April 2020, NDB mewujudkan kemudahan pinjaman kecemasan berjumlah tidak melebihi AS$10 bilion untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada negara anggotanya, yang kebanyakannya telah disediakan.