China Umum Bantuan Tambahan kepada Afghanistan

2022-06-25 14:21:16  CRI
Share with:

Menyusuli bantuan peringkat awal, China akan menyalurkan sekumpulan lagi bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Afghanistan yang dilanda gempa bumi kuat pada Rabu.

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata China sedang berusaha memungut wang tunai, khemah, selimut dan bekalan kemanusiaan lain menerusi pelbagai saluran termasuk kerajaan setempat, Persatuan Palang Merah dan komuniti perniagaan.

Barang bantuan berkenaan akan dihantar ke kawasan bencana di Afghanistan secepat mungkin.

Menurut beliau, bantuan berupa bahan makanan yang dijanjikan China terdahulu semuanya telah tiba di Afghanistan, dan kini dalam proses pengagihan.

“China bersedia mengukuhkan kerjasama dengan Afghanistan dalam usaha pencegahan dan mitigasi bencana, terutamanya pemantauan dan ramalan bencana,” katanya semasa sesi taklimat pada Jumaat.

Dilaporkan, gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang berlaku di timur Afghanistan telah menyebabkan lebih 1,500 maut setakat ini.

Pemimpin tertinggi Taliban Afghanistan menyeru masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana di negara itu.