Pembangunan, Cerita Paling Hidup di China

2022-06-26 13:47:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Global dan menyampaikan ucaptama secara maya pada malam Jumaat.

Ucaptama itu didahului dengan pengalaman beliau sendiri semasa hidup di kawasan desa provinsi Shaanxi pada akhir tahun 1960-an.

Menurutnya, dengan pengalaman itu, beliau sangat perasan akan kesusahan hidup penduduk tempatan. Selang setengah abad, apabila sekali lagi menjejakkan kaki ke sana, beliau mendapati penduduk kampung menikmati kehidupan bahagia, dengan makanan dan barang keperluan yang mencukupi.

Cerita itu membawa makna bahawa rakyat sedunia mempunyai aspirasi yang sama untuk mengejar kebahagiaan, dan pihak pemerintah perlu mendorong pembangunan bagi merealisasikan aspirasi tersebut. Perkara ini juga tumpuan dalam sidang kemuncak BRICS yang diterajui China sebagai negara pengerusinya pada tahun ini.

Pembangunan menjadi usaha yang lebih mendesak untuk diperkasa tatkala dunia menghadapi perubahan besar dan cabaran daripada pandemik COVID-19.

Pada September tahun lepas, Presiden Xi telah mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global dalam Perhimpunan Agung  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mendorong masyarakat antarabangsa mengalihkan semula perhatian kepada usaha pembangunan.

Penganjuran Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Global kali ini dianggap penanda pelaksanaan inisiatif tersebut. Dalam pada itu, Presiden Xi turut menyarankan supaya sinergi dibentuk ke arah mewujudkan paradigma pembangunan yang seimbang, inklusif dan saling untung.

Beliau juga mengumumkan beberapa pendekatan penting bagi melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, antaranya menubuhkan Tabung Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan, mempertingkat peruntukan kepada Tabung Kedamaian dan Pembangunan China-PBB, membina Pusat Penggalakkan Pembangunan Global dan lain-lain.

Selain itu, senarai hasil menerusi 32 pendekatan telah disiarkan dalam dialog tersebut yang merangkumi lapan aspek, termasuk pembasmian kemiskinan, keselamatan makanan, pembendungan pandemik COVID-19, pembiayaan untuk pembangunan, usaha menangani perubahan iklim dan memacu pembangunan hijau, pengindustrian, ekonomi digital dan kesalinghubungan pada era digital.